Powered by Blogger.
RSS

MINGGU 44
(27 – 31 OKTOBER 2014)

Hari
Isnin
Tarikh
27 Oktober  2014
Subjek
Teknologi Maklumat
Masa
10.55 – 12.05 tengah hari
Tingkatan
4S3
Bidang Pembelajaran
Peperiksaan Akhir Tahun
Objektif Pembelajaran
Pelajar dapat membincangkan jawapan yang betul pada Bahagian B dan C
Aktiviti
1.      Pelajar membincangkan setiap soalan pada bahagian B dan C bersama-sama guru.
2.      Pelajar membuat pembetulan.
ABM
Kertas soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
Nilai Murni
Kerjasama, menghargai, patuh kepada kod etika TMK
Refleksi
Objektif tercapai. Semua soalan pada Bahagian B dan C selesai dibincangkan. Pelajar telah membuat pembetulan seperti yang diarahkan oleh guru.


Hari
Selasa
Tarikh
28 Oktober 2014
Masa
10.10 – 11.10 pagi
Tingkatan
5K4
Mata Pelajaran
Matematik
Tajuk
Soalan latihan Statistik
Objektif
Pada akhir unit ini, pelajar mendapat markah penuh untuk soalan statistik.
Aktiviti
1.   Pelajar menjawab soalan latihan yang disediakan guru.
2.   Guru memantau penyelesaian pelajar.
ABM
Kertas soalan latihan
Nilai Murni
Komunikasi antara pelajar dan guru, berani untuk mencuba,
yakin untuk mencuba
Refleksi
Guru mengumpulkan kumpulan pelajar yang lemah. Guru memberi tunjuk ajar satu langkah dan diikuti beberapa langkah supaya pelajar dapat mengikuti langkah guru. Guru menumpukan soalan statistik bagi graf histogram. Latihan ini akan digunakan pada kelas pengajaran yang akan datang.


29 Oktober 2014 – Majlis Graduasi Tingkatan 6 dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang.  Tiada PdP pada hari ini.


Hari
Khamis
Tarikh
30 Oktober  2014
Subjek
Teknologi Maklumat
Masa
7.05 – 8.15 pagi
Tingkatan
4S3
Bidang Pembelajaran
Pentaksiran Kerja Kursus
Objektif Pembelajaran
Pelajar menyelesaikan kerja kursus Tingkatan 4
Aktiviti
1.      Pelajar menyemak  dan menyusun semula borang dalam fail pentaksiran masing-masing.
2.      Pelajar melaksanakan kerja kursus yang tidak lengkap.
3.      Guru memantau aktiviti pelajar.
ABM
Komputer, RJ45 connector, crimping tool, cable
Nilai Murni
Kerjasama, menghargai, patuh kepada kod etika TMK
Refleksi
Objektif tidak tercapai. Masa terhad untuk menyempurnakan kerja kursus. Guru akan cuba mencari masa tambahan yang sesuai untuk membantu pelajar menyempurnakan kerja kursus.


Hari
Khamis
Tarikh
30 Oktober  2014
Masa
10.55 – 11.30 pagi
Tingkatan
5K4
Mata Pelajaran
Matematik
Tajuk
Soalan latihan Statistik
Objektif
Pada akhir unit ini, pelajar mendapat markah penuh untuk soalan statistk.
Aktiviti
1.   Pelajar menjawab soalan latihan yang disediakan guru.
2.   Guru memantau penyelesaian pelajar.
ABM
Kertas soalan latihan
Nilai Murni
Komunikasi antara pelajar dan guru, berani untuk mencuba,
yakin untuk mencuba
Refleksi
Guru mengumpulkan kumpulan pelajar yang lemah. Guru menumpukan soalan statistik bagi graf kekerapan poligon. Pelajar dapat melengkapkan jadual dengan baik berbanding sebelum ini. Pelajar dapat mencari min. Guru hanya perlu menunjukkan cara-cara melukis graf poligon kekerapan. Latihan ini akan digunakan pada kelas pengajaran yang akan datang.


Hari
Khamis
Tarikh
30 Oktober 2014
Subjek
Teknologi Maklumat
Masa
11.30 – 12.40 tengah hari
Tingkatan
5S3
Bidang Pembelajaran
Peperiksaan Percubaan SPM 2014 Wilayah Persekutuan
Objektif Pembelajaran
Pelajar menjawab soalan Bahagian A
Aktiviti
1.      Pelajar diberi masa 45 minit untuk menjawab soalan pada Bahagian A.
2.      Perbincangan jawapan dan pembetulan
ABM
Kertas soalan Percubaan SPM 2014 Wilayah Persekutuan
Nilai Murni
Kerjasama, menghargai, patuh kepada kod etika TMK
Refleksi
Objektif tercapai. Semua soalan telah selesai dibincangkan. Guru masih tidak berpuas hati dengan pencapaian pelajar. Guru meminta pelajar untuk menyambung latihan Bahagian B dan C di rumah. Soalan tersebut akan dibincangkan pada esok hari.

Hari
Jumaat
Tarikh
31 Oktober  2014
Masa
7.05 – 8.15 pagi
Tingkatan
5K4
Mata Pelajaran
Matematik
Tajuk
Soalan latihan Statistik
Objektif
Pada akhir unit ini, pelajar mendapat markah penuh untuk soalan statistk.
Aktiviti
1.      Pelajar menjawab soalan latihan yang disediakan guru.
2.      Guru memantau penyelesaian pelajar.
ABM
Kertas soalan latihan
Nilai Murni
Komunikasi antara pelajar dan guru, berani untuk mencuba,
yakin untuk mencuba
Refleksi
Guru menumpukan soalan statistik bagi graf ogif. Guru menunjukkan langkah-langkah melukis ogif dengan menggunakan kekerapan longgokan.  Pada akhir sesi pembelajaran, guru menasihatkan pelajar supaya banyakkan latihan statistik dan membuat ulangkaji soalan-soalan lepas sebelum SPM. Guru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada pelajar.

Hari
Jumaat
Tarikh
31 Oktober 2014
Subjek
Teknologi Maklumat
Masa
8.15 – 9.25 pagi
Tingkatan
5S3
Bidang Pembelajaran
Peperiksaan Percubaan SPM 2014 Wilayah Persekutuan
Objektif Pembelajaran
Pelajar dapat memberikan jawapan yang betul pada Bahagian B dan C semasa sesi perbincangan.
Aktiviti
1.      Pelajar membincangkan jawapan soalan Wilayah Persekutuan yang telah diberi kelmarin.
2.      Pelajar membuat pembetulan.
ABM
Kertas soalan Percubaan SPM 2014 Wilayah Persekutuan
Nilai Murni
Kerjasama, menghargai, patuh kepada kod etika TMK
Refleksi
Guru hanya memilih beberapa soalan yang sukar dijawab semasa sesi perbincangan. Guru mengedarkan latihan soalan percubaan Negeri Kedah 2014 sebagai kerja rumah. Guru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada pelajar.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: